Ads 468x60px

No More File Sharing Site in Malaysia ?

READ MORE>>

Untuk awak...

       Dah lama saya tak buka blog ni, dan selama di kampus, banyak benda yang dah berlaku, semuanya dah tak macam dulu. Saya yang dulunya cukup segan bila nak cakap depan kelas, sekarang ni selamba je wat presentaion depan kelas, yang teruknya bila buat report a.k.a assignment takde cikgu nak bagi semua.
Sebenarnya masa aku kat kampus dan sebelum masuk kampus, aku, erk, sebenarnya saya tulis post ni untuk awak, yup awak le, awak je yang tau, sebab saya cuma pernah cakap / tulis ayat ni kat awak sorang je, setakat ni tak pernah saye tulis ayat ni kat orang lain, ayat mana? "saya cintakan awak", awak ingat lagi tak? mungkin awak dah lupa dan dah delete dari inbox awak, tapi takpe itu inbox awak, sapelah saya ni nak sibuk. Sejak haritu, saya tahu siapalah diri saya, tak layak untuk awak, 500 tahun bezanya, bukan umur, tapi perbezaan kita lah kot. Sejak haritu, walaupun awak tak reply, saya tahu jawapan awak, jadi saya patut teruskan dengan hidup saya yang tak seberapa ini, saya cuba lupakan awak, macam-macam saya buat, saya cuba jatuh cinta dengan orang lain, tapi soal perasaan saya, saya sendiri tak dapat kawal. Awak tahu tak, saya dapat lupakan awak dari fikiran saya, tapi awak sentiasa ada di hati saya, setelah sekian lama saya taknak fikirkan pasal awak, entah macam mana teringatkan awak balik, dan setiap kali teringatkan awak hati saya, jantung saya rasa "happy" kot, saya pun tak tahu nak terangkan macam mana. sebenarnya saya taknak awak baca post ni, tapi saya berharap sangat awak baca....
Harap perasaan ini akan hilang kerana sye nak sangat jatuh cinta lagi, dan sye pun taknak ganggu awak.


READ MORE>>

Korang ni memang hebat la

         


    Da lama gak aku tak online ye (ala bru seminggu dua , lama apanya), Aku suke betul la bila login facebook ke, atau laman sosial lain, apa namanye tah, dan juga jejalan dari blog ke blog, memang aku tabik la korang, pandai dan konfiden betul buat hukum sendiri, itu haram, ini salah, sedangkan para ulama pun belum jumpa kata putus korang jumpa dulu, perghh memang hebat la korang, kan? aku tau korang memang prihatin, baik hati, dan macam-macam lagilah. Serius aku tak kutuk korang,  ade ka? mana ade, cuba baca leklok... aku tak cakap pun korang buat tu salah ke apa... Dah lama dah aku asyik terlihat benda-benda macam ni, dan lagi best bila tengok ada yang memamng sokong bulat-bulat la hukum korang tu, dan tanpa apa-apa dorang forward sana sini dan akhirnya bertarabur sana sini. Aku buka website ni ada, website tu ada, pergh hebat la korang, camne korang buat ea? Pandai gila la, hadis sendiri pun ada, cerita sendiri pun ada, memang aku tabik spring lah an, pergh, akhir kata, korang memang hebat, suka hati korang lah nak buat apa, account korang, hidup korang dan segalanya hak korang kan,.... sampai di sini sahaja dahulu, aku pun nak enjoy sikit alang-alang dah balik rumah ni, ahad dah nak balik kampus,  -END-
READ MORE>>