Ads 468x60px

Cinta pertama-ku ?


  Pertanyaan yang bermain dalam fikiran korang : apa motif dia neh ? sekejap BI, sekejap BM.. =_=

      Pertama sekali, kan dah tertulis kat atas "do stupid things" (translation : buat benda bodoh, hhoho), apa yang aku mengaruti pon tidak diketahui, mungkin cuma benda buduh agaknya. Sebenarnya aku memang nak taip dalam BI, tapi aku tidak begitu mahir dalam menyusun kata dalam bahasa inggeris dan "post" ni sebenarnya aku olah kembali dari note aku di facebook. Note asal di facebook aku rasanya lebih mengarut la.
       "first love", aku tak pasti sama ada ianya layak digelar begitu kerana aku tidak pernah meluahkan isi hatiku kepadanya. Tapi ianya merupakan kali pertama aku merasai suatu perasaan yang digelar "cinta", "angau" dan yang seangkatan dengannya dalam kata lain, pertama kali aku jatuh cinta.
       Ingin sekali aku mulai dengan kisah sebelumnya, tetapi langsung tiada kena mengena, jadi aku akan mulai penulisan ini dengan kisah yang bermula pada Februari 2008, iaitu kira-kira 3 tahun yang lepas iaitu semasa aku masih bersekolah dan pada masa itu aku baru tingkatan tiga. Dan pada februari 2008, aku mula menghadiri kelas tuisyen oleh kerana tahun itu aku bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR),
dan juga kerana ibu bapaku mendesak. Kebetulan rakan sekelasku turut menghadiri kelas tuisyen yang sama.
Maka bermulalah perjalanan hari-hari yang meletihkan kerana setiap hari persekolahan ada tuisyen di petangnya.
      Nak dijadikan cerita, pada suatu masa dahulu, eh pada suatu hari yang tidak berapa aku ingat, ada dua orang pelajar perempuan baru kat situ. Disebabkan pada masa tu aku entah macam mana boleh jadi macam takut nak bercakap dengan perempuan. Bila di kelas tuisyen macam biasa kalau cikgu ada buat lawak, aku ketawa, kalau cikgu lewat masuk sembang-sembang dulu., tetapi kali ini lain sedikit kerana dengan kehadiran dua pelajar perempuan tersebut aku terasa janggal sedikit.  Walaupun sedikit janggal aku selalu ikut kawan-kawan berborak dengan pelajar-pelajar perempuan tersebut.
       Selepas beberapa bulan, bulan puasa juga dah berlalu atau mungki belum sebab aku dah tak berapa ingat, tapi yang pasti hari itu bukanlah hari di bulan puasa, hari itu aku hadirkan diri ke kelas tuisyen dengan seorang kawan. Disebabkan kami berdua merupakan yang terawal, kelas maih lagi kosong. Selepas duduk dan berborak sedikit, kawan aku meminta diri untuk ke tandas, dan tinggal la aku keseorangan di dalam kelas. Dalam sepuluh minit selepas itu, kawanku masih belum keluar dari tandas. Tiba-tiba aku terdengar pintu kelas dibuka, lalu aku toleh ke arah pintu, rupanya salah seorang pelajar perempuan, biarlah aku labelkan dia sebagai "A", kalau letak nama malu pulak dia. Dalam pada itu aku sebenarnya tengah menconteng kertas A4 yang selalu aku bawa di dalam fail. Seketika kemudian aku menjauhkan pemandangan dari kertas buat seketika, dan ketika itulah aku terpandang "A" (bukannya aku tak pernah pandang dia), dia kelihatan seperti bersinar bagaikan bidadari (tapi mungkin bidadari lebih hebat kot, aku belum pernah melihat bidadari lagi selama hidup ini). Aku terpegun seketika, dalam pada masa yang sama jantungku berdegup kencang. Seketika kemudian rakanku yang tadinya di tandas masuk kembali ke dalam kelas, jantungku beransur-ansur tenang.(apa kes aku ni, tandas sumanye ada)
      Selepas hari itu aku cuba mengabaikan perasaan itu walaupun seringkali dia muncul di dalam fikiranku.
Selepas beberapa bulan berlalu, peperiksaan PMR hampir tiba (entah bulan berapa PMR masa tu), suatu hari  ketika dalam perjalanan ke kelas, aku dan kengkwan bercakap tentang benda-benda yang langsung
"out of topic" dari subjek PMR, secara tidak sengaja aku bertanyakan kawan aku sama ada dia ada menyimpan nombor handphone si A. Mendengar jawapan kawan aku yang selamba menulis nombor si A
di atas sehelai kertas. Hatiku gembira entah kenapa. Selang beberapa minggu, peperiksaan PMR pun dah selesai. Bermula pada malam selepas PMR aku cuba mesej si A. Si A membalas mesejku, alangkah happy-nya aku masa tu. Permainan mesej-mesej pun bermula. Ada waktunya si A langsung tak balas mesej aku, tapi aku cub lagi keesokan harinya, dan baru ada mesej dari si A. Entah macam mana , aku tulis mesej
yang terlebih over konfiden kat si A, tapi bukan mesej tentang perasaanku. Selang beberapa bulan,
keputusan SPM keluar, aku malu dengan result aku, 5A 3B sahaja. Aku dah hilang contact dengan si A,
dia dah tukar nombor handphone, mungkin sebab aku ni kacau dia je. Begitulah ceritanya selama satu tahun, rasanya tak perlulah aku ceritakan yang sambungannya, lagipun korang nak baca ke banyak sangat?
Kalau nak gak, comment la guna facebook kat bawah ni ye.

0 comments:

Post a Comment