Ads 468x60px

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara buat template blog dengan mudah

Moshi-mosh, ohaiyo, selamat pagi/tgh. hari/petang/malam

Pada suatu hari, aku terpikir nak kongsi sikit cara nak buat template blog tanpa perlu pengetahuan
HTML dan sebagainya (tapi kalau ada lagi bagus), aku taktau sangat pasal HTML, tapi aku edit HTML
ok ja (guna method trial & error), baiknya hati aku hari ni ya..(puji diri sendiri lak, aih)




Cara 1 - search ja kat internet bak kata orang "google" ja sumanya di hujung jari

Cara 2 - Free Template
- korang cari ja mana-mana website yang kasi free template untuk blog, then copy css/html
ataupun download template tu dan upload.
- Cth website yg sediakan free template :
http://www.freebloggertemplate.info/
http://www.ipietoon.com/

(search ja kat google "free blogger template" atau tanya kengkawan blogger)

Cara 3 - Blogger template Generator
- website ni akan bagi korang design blog korang dan generate code css/html untuk korang
-Cth :
www.pimp-my-profile.com/generators/blogger.php
  psyc.horm.org/

Cara 4 - Guna Software (aku guna cara ni)
- software yang aku recommend "Artisteer"
Kelebihan -generate template random / kasi idea untuk korang
-lepas siap, terus boleh apply ke blog
-budak sekolah rendah pun boleh guna


Link Torrent (perlu ada utorrent dan sebagainya)

(Belilah yang original sebab yg crack ada masalah dengan "save" file)

READ MORE>>

Belajar HTML secara percuma !

                 Assalamualaikum, korang sihat ?

        Dalam entri kali ni (minggu yang sangat sibuk bagi aku), aku nak kongsi sikit cara nak belajar HTML
secara percuma, ya FREE, PERCUMA, complete tutorial, dan korang tak silap baca. Betul nak belajar?
Ok, kalau sekadar nak belajar boleh, kalau nak certificate je kena bayar~ Belajar complete HTMLtau, bukan basic-basic ja, Kalau nak ada caranya , ingat belajar saja percuma (susah nak cari benda percuma sekarang ni), tapi kalau nak sijil bayar la~ aku tak dapat satu sen pon dari dorang, dan aku bukan promote, aku cuma nak bagi alternatif untuk korang belajar HTML sahaja !

Ok, dah betul-betul paham, belajar secara online kat webiste ni, dah memang HTML ni kena guna komputer, kalau taknak guna komputer nak belajar buat apa, ye tak?

          ok, langkah pertama klik link ni, atau gambar di bawah w3schools.com dan seterusnya pilih sama ada   korang nak belajar HTML, CSS, Javascript dll. (aku jumpa website selepas join HACKTHISITE.ORG )


READ MORE>>

Rupanya tak ada watermark !

Selamat berjummpa lagi, pembaca blog-aku yang tak seberapa ini,


Dalam entri yang lepas, rasanya masa kecik-kecik dulu mesti korang pernah maen polis sentri kan?
kalau korang bebudak moden mungki tak penah maen kot, best gak le main permainan ni.
Tapi itu bukanlah topik entri kali ini dan tak ade sangkut paut entri yang lepas.(apa aku tulis ni)
ok, dalam entri lepas aku cakap artisteer tak boleh "save" kan?, setelah aku mengkaji, men-google
seantero dunia, ramai yang cakap artisteer yang "crack" (kite kan lanun, hhehe) tak boleh save template,
kalau save ade watermark, sebenarnya aku dah kaji benda ni sendiri sebab belum jumpa penyelesaian 
masa "googling", dan hasil daripada kajian aku (cehwahh, cam scientist plak), sebenarnya korang boleh save,
tapi bila buka fail yang korang save cth : untitled.artx, korang akan nampak cam "watermark" kat header kan?
(sejak bila aku buat tutorial lak ni?)

ni contohnya, ada cam "swirl" kat header kan?


begini cara penyelesaiannya, (step by step)

1. Buka file yang korang save, (aku save kat desktop, korang buka la location mana korang save file tu ya)

2.  klik "tab" header  kat menu atas sekali


3. 1. klik " Effect"
3.2 klik "Glare"
3.3 dan korang nampak ada glare yg "diselect", itulah benda swirl kat header korang~

4. ok step terakhir, scroll atas sikit, korang akan jumpa "no glare", so just klik kat "no glare" dan jeng, jeng dah takde "watermark" tu. yeaha~! Selamat mencuba ye adik-adik~ : )

Tadaa...~ dah hilang watermark kn ?

READ MORE>>

Cara taknak tido ?

      

    Ceh apa punya tajuk ni? sekarang dah pukul 3 pagi, aku belum tido, hhohoho~ aloha~
Pada suatu hari ada seorang kenalan aku tanya melalui SMS-nya yang berbunyik, :

kenalan : weh,apa cara tak nak tido ?

aku : taknak tido? maksud ko? (aku reply lambat seh)

     Pelik gak soalan ini, suma orang nak tido, tido itu satu keperluan, semua makluk da benda perlukan rehat, komputer pun kena bagi dia rehat, kalau tak pendek umur dia~ tak caya try-lah, ko pasang komputer dan
jangan tutup, tengok bape lama dia leh tahan, mesti ada barang yang akan rosak punya walaupun bukan
100% damage. Ha ni jom bekenala ngan kenalan aku ni dulu eh, meh ceta sikit pasal dia(jangan marah yea dia tu), kenalan aku yang bertanya ni, sah bukan lelaki, sebab kalau lelaki aku jamin dia selalau tak tido dan dia takkan tanya aku. Kenalan aku ni, org panggil "Ira", (taktau le bestfren dia panggil dia apa), nama sebenar tak yah la nak bagitau an, orangnya kecik molek, comel, macam aku penah jumpa), dia tinggal di rumah dia la, warganegara Malaysia.
Ok la cukup la berkenalan dengan cik Ira tu ya (kalau nak nombor phone dia mentak sendiri), meh kita sambung balik pasal tido balik ya bukan sambung tido (mana-mana pun boleh la)~

(Comel siot budak ni)


       Korang pernah tak terlebih tido? Mengikut pengalaman aku, aku tak suka la terlebih tido ni, kalau terlebih tido, bila bangun ja rasa sakit-sakit badan, takpun sakit kepala siket... Mengikut kajian, terlebih tido atau excess time in bed (ala speking plak), disebabkan oleh tekanan dan  sindrom keletihan yang kronik ini termasuklah keletihan melampau, sakit kepala dan sebagainya~

 
      Sebagai orang dewasa, masa tidur 6 jam dah cukup tapi ada yang perlukan 7-9 jam setiap malam, aku tak pernah kira pun aku tido berapa jam, tapi anggarannya dalam 6-7 jam la. Dan kalau sehari aku tak tido, esoknya aku akan tido maksimum 12 jam wo (anggaran la)~

      Dalam pada itu, sekarang ni panas gila cam summer kat Malaysia ni, aku jadi mengantuk bila cuaca panas, tapi bila terlalu panas aku takleh tido plak~ dan bila terlalu sejuk pun aku takleh tido~

           Kenapa taknak tido? 24 jam atau satu hari sekarang terasa begitu singkat,even setahu pun terasa singkat, dan selalunya kita tak sempat nak buat sesuatu yang nak dibuat sangat dalam satu hari, kan, kan?  

      Apa nak buat untuk tak tido? hurm, macam-macam aku buat la, bergantung pada seseorang tu jugak,
korang boleh gak try power nap, atau dalam bahsa arabnya Qailulah iaitu tidur sebentar disiang hari.
NAk tau lebih lanjut baca SINI (wall Facebook ustaz Zahazan Mohamed) atau tips baratnye HERE.
Selalunya, aku habiskan masa (kat rumah) dengan download anime sambil tengok anime atau main game bila
aku tak da important task . Selain tu, kekadang aku baca buku, manga, majalah(Gempak dan Kreko), conteng kertas, atau kalau aku nak study malam sebab malam sejuk dan tenang so maksudnya korang sibukkan diri buat benda yang tak bosankan korang la~  Dan bila masuk time Solat la best, ambil wuduk buat aku hilang mengantuk (ceh buat alim pulak), then lepas tu dengan segelas minuman (selalunya nescafe), air kosong lagi bagus dan lagi bagus daripada makan makanan ringan ataupun makan sesuatu sebab boleh buat berat korang bertambah~

Hurm sampai sini sahaja entri kali ini~ stay tuned~ Aloha~
Harap nanti ada Winter plak la ye~
P/s : kalau ada typo im sorry la pepagi buta ni~paham-paham la
READ MORE>>