Ads 468x60px

Serabut Weh

 Anak sapa ni?, tak tahu la (aku google images ja)

Tidak lama lagi, lebih kurang dalam dua minggu (mengikut perkiraan aku), pelajar-pelajar SPM 2010
bakal menyambung pelajaran mereka ke mana sahaja yang mereka inginkan (ye la dorang yang tentukan mana nak pegi) , begitu juga aku, salah seorang dari mereka. Dua minggu ini akan menjadi minggu
yang sibuk, serabut dan sempoi. (memang sempoi la, serabut dok pikiaq tak habis) 
Dah la sekarang musim panas, (aku pun tak pasti sejak bila Malaysia ni ada SUMMER),
seingat aku, masa dulu suhu dalam 27 darjah celcius ja, tapi sekarang gila naik 
mendadak, tapi aku tak pasti la berapa darjah Celcius. Nak rehat siang pon susah,
nak tidoq, panas sangat, hujung minggu nak kena pegi beli barang.
Isnin ni, Nak kena buat Medical Check Up. Ha, ni lagi satu, korang perasan tak Template baru
(aih, ada masa lak aku wat template baru, cakap sibuk), ala guna software je~
aku ni bukannye tau apa sangat pasal HTML dan CSS ni. Pasal Template ni pun satu hal,
Serabut gak aku dibuatnye, menambah serabut seh, ape taknye, tiba-tiba je
FB share button tak compatible dengan FB comment box. Perghh.... sebab tu la aku
da tukar Fb share button kepada "Share Box" dan korang boleh tgok kat bawah post ni.
Dan lagi, aku baru ja nak letak "LinkWithin" plugin kat template baru ni, dia prob gak,
nanti pulak la aku buat template baru~atau teruskan begini saja, siapa yang tahu,


Hhehe, yang ni pulak (serabut-serabut, aku dok wat apa ni?) UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang,
Aku tak pernah lawat lagi tempat ni, tapi 22 Mei ni kena gi daftar. (Meh nak speaking Penang sikit aih)
Sebenarnya aku cadang cuti sekolah ni nak pegi wat kerja part time dengan uncle aku,
tapi takdir menjanjikan sebaliknya, tarikh pendaftaran dorang awalkan. Tapi nasib baik
tak jauh dari rumah. Agaknya macam mana la keadaan tempat tu an, entahla, 
then aku dok pikiaq, buleh dak nak tukar course yang sama fakulti,
Haritu masa program "Selangkah Ke UiTM" kat Dewan Jawi, ada sorg bro
tu cakap boleh tukar (Bro tu aku tatau la sama ada pelajar atau lain-lain UiTM)
Adeh, mata aku cam ngantok, mungkin sebab panas sangat dan berkuap agaknya..
 

0 comments:

Post a Comment