Ads 468x60px

Cara taknak tido ?

      

    Ceh apa punya tajuk ni? sekarang dah pukul 3 pagi, aku belum tido, hhohoho~ aloha~
Pada suatu hari ada seorang kenalan aku tanya melalui SMS-nya yang berbunyik, :

kenalan : weh,apa cara tak nak tido ?

aku : taknak tido? maksud ko? (aku reply lambat seh)

     Pelik gak soalan ini, suma orang nak tido, tido itu satu keperluan, semua makluk da benda perlukan rehat, komputer pun kena bagi dia rehat, kalau tak pendek umur dia~ tak caya try-lah, ko pasang komputer dan
jangan tutup, tengok bape lama dia leh tahan, mesti ada barang yang akan rosak punya walaupun bukan
100% damage. Ha ni jom bekenala ngan kenalan aku ni dulu eh, meh ceta sikit pasal dia(jangan marah yea dia tu), kenalan aku yang bertanya ni, sah bukan lelaki, sebab kalau lelaki aku jamin dia selalau tak tido dan dia takkan tanya aku. Kenalan aku ni, org panggil "Ira", (taktau le bestfren dia panggil dia apa), nama sebenar tak yah la nak bagitau an, orangnya kecik molek, comel, macam aku penah jumpa), dia tinggal di rumah dia la, warganegara Malaysia.
Ok la cukup la berkenalan dengan cik Ira tu ya (kalau nak nombor phone dia mentak sendiri), meh kita sambung balik pasal tido balik ya bukan sambung tido (mana-mana pun boleh la)~

(Comel siot budak ni)


       Korang pernah tak terlebih tido? Mengikut pengalaman aku, aku tak suka la terlebih tido ni, kalau terlebih tido, bila bangun ja rasa sakit-sakit badan, takpun sakit kepala siket... Mengikut kajian, terlebih tido atau excess time in bed (ala speking plak), disebabkan oleh tekanan dan  sindrom keletihan yang kronik ini termasuklah keletihan melampau, sakit kepala dan sebagainya~

 
      Sebagai orang dewasa, masa tidur 6 jam dah cukup tapi ada yang perlukan 7-9 jam setiap malam, aku tak pernah kira pun aku tido berapa jam, tapi anggarannya dalam 6-7 jam la. Dan kalau sehari aku tak tido, esoknya aku akan tido maksimum 12 jam wo (anggaran la)~

      Dalam pada itu, sekarang ni panas gila cam summer kat Malaysia ni, aku jadi mengantuk bila cuaca panas, tapi bila terlalu panas aku takleh tido plak~ dan bila terlalu sejuk pun aku takleh tido~

           Kenapa taknak tido? 24 jam atau satu hari sekarang terasa begitu singkat,even setahu pun terasa singkat, dan selalunya kita tak sempat nak buat sesuatu yang nak dibuat sangat dalam satu hari, kan, kan?  

      Apa nak buat untuk tak tido? hurm, macam-macam aku buat la, bergantung pada seseorang tu jugak,
korang boleh gak try power nap, atau dalam bahsa arabnya Qailulah iaitu tidur sebentar disiang hari.
NAk tau lebih lanjut baca SINI (wall Facebook ustaz Zahazan Mohamed) atau tips baratnye HERE.
Selalunya, aku habiskan masa (kat rumah) dengan download anime sambil tengok anime atau main game bila
aku tak da important task . Selain tu, kekadang aku baca buku, manga, majalah(Gempak dan Kreko), conteng kertas, atau kalau aku nak study malam sebab malam sejuk dan tenang so maksudnya korang sibukkan diri buat benda yang tak bosankan korang la~  Dan bila masuk time Solat la best, ambil wuduk buat aku hilang mengantuk (ceh buat alim pulak), then lepas tu dengan segelas minuman (selalunya nescafe), air kosong lagi bagus dan lagi bagus daripada makan makanan ringan ataupun makan sesuatu sebab boleh buat berat korang bertambah~

Hurm sampai sini sahaja entri kali ini~ stay tuned~ Aloha~
Harap nanti ada Winter plak la ye~
P/s : kalau ada typo im sorry la pepagi buta ni~paham-paham la

0 comments:

Post a Comment