Ads 468x60px

Cinta Yang Menghantui-ku



    "Cinta", orang cakap "cinta itu indah bangat, tapi belum pernah aku terdengar orang cakap cinta itu boleh buat orang ketagih dalam bahasa inggerisnya "addicted", sedap sikit ye tak? "ketagih", macam buat salah pulak kan?, Ingat orang hisap dadah ke?, begitulah "introduction-nye". Sebenarnya aku nak cerita sikit tentang satu perasaan yang pernah aku rasa dan masih menghantuiku, ya, rasa yang korang semua tahu, alah, "cinta" le. Dulu , sejak aku tukar sekolah masa darjah 4, aku mula ada satu masalah,
iaitu takut nak cakap dengan perempuan. "Masalah" ini berterusan sampai aku ke sekolah menengah. Bermula tingkatan tiga, baru aku perasan yang ini merupakan satu masalah atau "problem" kepada aku. Macam mana aku
baru perasan? kan dalam post "cinta pertamaku" aku dah cerita sikit. Itulah salah satu "hints" yang bagitau aku tentang "problem" ni. Mula tingkatan empat (4), aku secara diam-diam berusaha untuk mengatasi masalah ini.
Dan pada bulan March (bulan 3), aku sekali lagi jatuh cinta. (ya, aku belum cerita pada sesiapa, perlukah aku cerita lagi??)(dalam fikiran korang : uiseh, dia ni sekejap dah jatuh cinta lagi, cepat betul perasaan dia ni berubah), ish bukan begitu la, dalam ruang 3.-4 bulan aku dah cuba lupakan cinta lama, sebab nak panggil cinta, aku sorang je  yang rasa begitu, dan masa bulan 3 ni pula,(adess, susah la aku nak terangkan, nanti lah ye)
       Tapi pada permulaannya aku hanya tertarik sahaja, entah apa yang begitu menarik,lagipun aku baru sahaja kehilangan perasaan itu, jadi aku abaikan sahaja. Masa tahun tu juga, (tahun 2009), aku berkenalan dengan seseorang kat mypace(mspace aku, gatal tangan aku deactivate, pastu activate balik, friend = 0 , pandai betul aku buamasalah) dia ni kawan perempuan pertama aku selepas beberapa tahun aku dah tak ada kawan perempuan disebabkan "problem" tu. Dengan bantuan dia (walaupun dia tak sedar dia membantu aku), aku berjaya mengatasi "problem" tu sedikit demi sedikit. Sekarang ini pun aku masih ada menghubunginya dan aku anggap dia seperti adik aku sendiri. semasa naik tingkatan lima pula, rasa tertarik itu bertukar menjadi cinta yang berputik(tak berbuah langsung), nak diringkaskan post ni sebab nanti "out of topic", masa akhir tahun, hari pertama SPM (mangkuk betul aku), aku bagitau dekat si F ni yang aku cintakan dia. (memang mangkuk betul aku ni), menyesal pun ada, puas hati pun ada, bercampur-campur lah perasaan aku.
       Dan walaupun jawapan diberikan tidak seperti yang diharapkan, anggaplah kena reject (hhaha, padan muka aku), dan begitulah seterusnya?. Sampai sekarang si F masih dalam hati aku. Perasaan itu kini masih menghantui hari-hariku, dan aku masih menantinya walaupun aku dengan rela hati ingin melepaskan perasaan itu pergi~(yakah?) ~END

0 comments:

Post a Comment